Motherhood Mother's Day 2019

message

From Amirullah Abd Rahman



Akulah hero terakhir. Pernah dulu emak mengimbau kembali waktu aku dalam rahim emakku. Aku hampir sahaja digugurkan memandangkan emakku sudah mempunyai banyak anak. Dengan umur emakku yang berusia, doktor turut menasihati emakku untuk menggugurkan aku. Pasti aku berasa sedih jika hayatku hanya dalam rahim emakku. Namun, tuhan terlebih dahulu mencoret takdir kehidupanku. Kebetulan semasa hari aku ingin digugurkan, emakku ditampar dengan berita datukku meninggal dunia. Di kala emakku sibuk dengan urusan pengebumian, tubuhku semakin membesar. Sehinggalah doktor menasihati emakku agar meneruskan kandungannya kerana boleh memudaratkan nyawa emakku pula. Alangkah gembiranya aku ketika itu. Tarikh 25 Januari 1994, aku dilahirkan dan berjaya melihat dunia. Aku sangat bersyukur dan bangga menjadi hero terakhir keluargaku. Terima kasih emak kerana membenarkan aku hidup dalam rahimmu. Terima kasih emak atas kasih sayang yang emak curahkan kepadaku, atas penat lelah membesarkanku dalam kekalutan masa dan ketidakcukupan wang. Sesungguhnya, engkaulah emak yang paling aku sanjungi dan hormati.




Join Mother\'s Day Contest